Thursday, September 10, 2009

Mencari Lailatul Qadar

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: 

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

 

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. 

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT 

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

 

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


  Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

  Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.  

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. 

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan  

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

petikan sumber:JAKIM

# sama2 lah kita berusaha mencari Malam yang ditunggu2 oleh semua ahli syurga dan kita bertemu dengannya dalam mencari SYURGA ALLAH, insyallah. Amin.

Link Bergambar

http://smkrtuxm2009.blogspot.com/

Gambar sepanjang tahun majlis rasmi sekolah dan suka-suka... semoga semua yg tengok enjoy la....

Wednesday, September 9, 2009

kERJA KURSUS MODUL 3 DAN Laporan aktiviti MODUL 2 DAN 3 khb t2 perdagangan

klik di sini untuk download file MSWord 2007

klik disini untuk download file MSWord 97

LAPORAN AKTIVITI


KONSTRUK: KEMAHIRAN AMALI
ASPEK: 2.1 MELAKAR REKA BENTUK PROJEK

AKTIVITI:
1. MELAKAR SEKURANG-KURANGNYA TIGA REKA BENTUK PROJEK BERDASARKAN TEMA DAN FAKTOR REKA BENTUK.
2. MENGHASILKAN SATU PROJEK REKA BENTUK
3. MENYATAKAN SEKURANG-KURANGNYA TIGA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN REKA BENTUK.
4. MENDIMENSI LAKARAN YANG DIPILIH.


DAPATAN:
KESEMUA AKTIVITI MELAKAR REKA BENTUK PROJEK DAPAT DIHASILKAN DENGAN BAIK.









LAPORAN AKTIVITI

KONSTRUK: KEMAHIRAN AMALI
ASPEK: 2.2 PENGHASILAN PROJEK REKA BENTUK

AKTIVITI:
1. MENGUKUR, MENANDA DAN MEMOTONG.
2. MEMBENTUK DAN MENCANTUM BAHAGIAN PROJEK DENGAN KEMAS DAN KUKUH.
3. MEMBUAT KEMASAN YANG BERSESUAIAN.
4. MEMATUHI LANGKAH KESELAMATAN.


DAPATAN:
KESEMUA AKTIVITI PENGHASILAN PROJEK REKA BENTUK DAPAT DIHASILKAN DENGAN BAIK.



















LAPORAN AKTIVITI

KONSTRUK: KEMAHIRAN AMALI
ASPEK: 2.3 MENGGUNAKAN ALATAN TANGAN ATAU MESIN

AKTIVITI:
1. MEMILIH ALATAN TANGAN ATAU MESIN YANG BETUL.
2. MENGGUNAKAN ALATAN TANGAN ATAU MESIN DENGAN CARA YANG BETUL DAN SELAMAT.
3. MENYEGGARA ALATAN TANGAN ATAU MESIN YANG DIGUNAKAN.
4. MENYIMPAN ALATAN TANGAN ATAU MESIN.


DAPATAN:
KESEMUA AKTIVITI MENGGUNAKAN ALATAN TANGAN ATAU MESIN DAPAT DIHASILKAN DENGAN BAIK.















LAPORAN AKTIVITI

KONSTRUK: KEMAHIRAN AMALI
ASPEK: 2.4 MEMBUAT LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK

AKTIVITI:
1. MELUKIS MENGIKUT KONSEP LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK YANG BETUL.
2. MENGGUNAKAN JENIS GARISAN YANG BETUL DALAM LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK.
3. MENDIMENSI SEKURANG-KURANGNYA TIGA LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK DENGAN BETUL.
4. MENGHASILKAN LUKISAN YANG KEMAS DAN BERSIH .


DAPATAN:
KESEMUA AKTIVITI MEMBUAT LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK DAPAT DIHASILKAN DENGAN BAIK.















LAPORAN AKTIVITI

KONSTRUK: KEMAHIRAN AMALI
ASPEK: 2.5 ETIKA MAKAN

AKTIVITI:
1. MEMPERSEMBAHKAN POSTUR YANG BETUL.
2. MENGAMALKAN TINGKAH LAKU YANG SOPAN SEMASA MAKAN.
3. MENGGUNAKAN ALATAN DENGAN BETUL.


DAPATAN:
KESEMUA AKTIVITI ETIKA MAKAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BAIK.
















LAPORAN AKTIVITI

KONSTRUK: KEMAHIRAN KOMUNIKASI
ASPEK: 3.1 PERNIAGAAN DALAM NEGERI (RUNCIT)

AKTIVITI:
1. MENYATAKAN JENIS PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN.
2. MENYENARAIKAN CIRI UTAMA PERNIAGAAN YANG DIPILIH.
3. MENYATAKAN EMPAT JENIS PERNIAGAAN RUNCIT BESAR-BESARAN DAN CIRI-CIRINYA DENGAN BETUL.


DAPATAN:
KESEMUA AKTIVITI DAPAT DILAKSANAKAN MEMENUHI KRITERIA DAN MASA YANG DITETAPKAN.














LAPORAN AKTIVITI

KONSTRUK: KEMAHIRAN KOMUNIKASI
ASPEK: 3.2 BANTUAN PERNIAGAAN

AKTIVITI:
1. MENERANGKAN MAKSUD BANTUAN PERNIAGAAN.
2. MENYENARAIKAN ENAM JENIS BANTUAN PERNIAGAAN.
3. MENYENARAIKAN JENIS BANTUAN PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN OLEH PERNIAGAAN YANG DIPILIH.
4. MENYATAKAN PERANAN BANTUAN PERNIAGAAN.


DAPATAN:
KESEMUA AKTIVITI DAPAT DILAKSANAKAN MEMENUHI KRITERIA DAN MASA YANG DITETAPKAN.
















LAPORAN AKTIVITI

KONSTRUK: KEMAHIRAN KOMUNIKASI
ASPEK: 3.3 KEUSAHAWANAN

AKTIVITI:
1. MENYENARAIKAN LIMA CIRI UTAMA USAHAWAN.
2. MENYENARAIKAN LAPAN AGENSI KERAJAAN YANG MEMBANTU USAHAWAN.
3. MENERANGKAN LIMA PERANAN KERAJAAN DALAM MEMBANTU USAHAWAN.
4. MENYATAKAN TIGA BIDANG KEGIATAN YANG DICEBURI OLEH USAHAWAN DENGAN BETUL.


DAPATAN:
KESEMUA AKTIVITI DAPAT DILAKSANAKAN MEMENUHI KRITERIA DAN MASA YANG DITETAPKAN.








LAPORAN AKTIVITI

KONSTRUK: KEMAHIRAN KOMUNIKASI
ASPEK: 3.4 MEREKOD URUSNIAGA

AKTIVITI:
1. MEREKOD URUSNIAGA TUNAI KE DALAM AKAUN TUNAI DAN AKAUN BANK DENGAN BETUL.
2. MEREKOD URUSNIAGA KREDIT KE DALAM AKAUN PENGHUTANG DAN AKAUN PEMIUTANG DENGAN BETUL.
3. MEMBUAT CATATAN BERGU UNTUK URUSNIAGA TUNAI DENGAN SISTEMATIK.
4. MEMBUAT CATATAN BERGU UNTUK URUSNIAGA KREDIT DENGAN SISTEMATIK.


DAPATAN:
KESEMUA AKTIVI MEREKOD URUSNIAGA DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BAIK MENGIKUT KRITERIA DAN MASA YANG DITETAPKAN.








LAPORAN AKTIVITI

KONSTRUK: KEMAHIRAN KOMUNIKASI
ASPEK: 3.5 BUKU TUNAI

AKTIVITI:
1. MENYEDIAKAN FORMAT BUKU TUNAI DUA RUANGAN, MEREKOD URUSNIAGA DAN MENGIMBANG BUKU TUNAI.


DAPATAN:
KESEMUA AKTIVITI DAPAT DILAKSANAKAN MEMENUHI KRITERIA DAN MASA YANG DITETAPKAN.










KERJA KURSUS KHB TING 2 PERDAGANGAN

Modul 3.1 PERNIAGAAN DALAM NEGERI (RUNCIT)
i) Menyatakan jenis perniagaan runcit kecil-kecilan yang dipilih.
Berkedai.

ii) Menyenaraikan ciri utama bagi perniagaan yang dipilih.
Peruncit berkedai merujuk kepada perniagaan runcit kecil-kecilan yang diusahakan di suatu premis dan di lokasi yang tetap. Peruncit berkedai menjalankan urusniaganya di gerai, kedai am, dan kedai khusus. Jadual 1.2 menunjukkan jenis peruncit berkedai dan keterangan mengenainya.

Jadual 1.2 Jenis peruncit berkedai dan keterangannya.
Jenis Butiran dan contoh perniagaan
Gerai Mempunyai ruang yang kecil dan terhad. Contoh perniagaan ialah menjual buah-buahan, makanan dan majalah.
Kedai Am Menjual pelbagai jenis barang keperluan seperti bersa, tepung, gula, makanan dalam tin dan sebagainya.
Kedai Khusus Menjual satu jenis barang saja. Contoh perniagaan kedai kasut, kedai jam, pakaian dan gambar.

iii) Menyatakan empat jenis perniagaan runcit besar-besaran.
a. Pasaraya
b. Gedung aneka jabatan
c. Francais
d. Kedai sejaras


iv) Menyenaraikan ciri perniagaan runcit besar-besaran.
Faktor Perniagaan runcit besar-besaran
a. Modal Memerlukan modal yang besar kerana perniagaannya berskala besar dan kos operasinya tinggi.
b. Lokasi Terdapat di pinggir bandar dan bandar-bandar besar sahaja.
c. Kuantiti jualan Kuantiti yang dijual banyak dengan jenis barang yang pelbagai. Pelanggan banyak pilihan.
d. Pemilikan Ditubuhkan secara perkongsian atau syarikat. Mengamalkan sistem pengurusan yang sistematik.
e. Kedudukan dalam saluran agihan Mengeluarkan barang sendiri atau membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan menjualnya kepada pengguna akhir.















MODUL 3.2 BANTUAN PERNIAGAAN

1. Menerangkan maksud bantuan perniagaan
Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak lain untuk menggerakkan dan melancarkan sesuatu aktiviti perniagaan yang dijalankan.

2. Menyenaraikan enam jenis bantuan perniagaan yang digunakan oleh perniagaan yang dipilih.
a. Pergudangan
b. Perbankan
c. Pengangkutan
d. Insurans
e. Promosi
f. Komunikasi

3. Menyenaraikan jenis bantuan perniagaan yang digunakan oleh perniagaan yang dipilih.

i.Perbankan Pengangkutan

ii.Insurans Pasar Mini Ali Promosi


iii.Komunikasi


4. Menyatakan peranan bantuan perniagaan yang dipilih oleh peniaga tersebut.
a. Perbankan: menyimpan wang dan pinjaman modal.
b. Insurans: memberi keyakinan kepada peniaga , mengurangkan risiko (pampasan).
c. Pengangkutan: memudahkan pemindahan barang, luaskan pasaran, kurangkan kos penyimpanan.
d. Promosi: untuk memberitahu, menggalakkan pengguna membeli barang.

e. Komunikasi: maklumat dapat disampaikan dengan cepat walaupun jauh.

MODUL 3.3 KEUSAHAWANAN

1. Lima ciri utama usahawan
a. Kreatif
b. Inovatif
c. Sanggup menghadapi risiko
d. Bijak mengambil peluang
e. Daya usaha berterusan

2. Lapan agensi kerajaan yang membantu usahawan.

a. Majlis amanah rakyat (MARA)
b. Pusat pembangunan usahawan malaysia (MEDEC)
c. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MDH)
d. Uda Holding berhad (UDA)
e. Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)
f. Institut Piawai dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
g. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
h. Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK)

3. Menerangkan secara ringkas lima peranan kerajaan dalam membantu usahawan.

a. Bimbingan dan Latihan
-pelbagai kementerian terlibat dalam usaha memberikan bimbingan dan latihan perniagaan dan keusahawanan.
Peringkat sekolah menengah melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, Perdagangan, Ekonomi asas dan Prinsip Akaun.
Di institiut-institut pengajian tinggi awam dan swasta menyediakan pelbagai kursus di peringkat sijil , diploma dan ijazah.

b. Prasarana

-menyediakan kemudahanbekalan elektrik, air , jalan raya, komunikasi dan premis perniagaan.
-supaya kegiatan perniagaan dapat berjalan dengan lancar serta berkembang menjadi tumpuan orang ramai.


c. Kajian dan penyelidikan
- Aspek kajian dan penyelidikan amat penting kerana inputnya dapat meningkatkan kualiti dan daya saing sesuatu produk.

d. Pinjaman kewangan

- Membantu usahawan yang kekurangan modal untuk meneroka bidang baru dan mengembangkan perniagaannya.

e. Galakan dan insentif

- Memastikan usahawan mempunyai daya saing dan terus kekal dalam pasaran.
i) Taraf perintis
ii) Duti import
iii) Kuota
iv) Galakan eksport
v) Embargo

f. Tiga bidang kegiatan yang diceburi oleh usahawan

i) Pengeluaran
ii) Pemasaran
iii) perkhidmatan










MODUL 3.4 Urusniaga Tunai dan Kredit

Soalan:

Merekod urusniaga kredit ke dalam Akaun Penghutang dan Pemiutang dengan betul.

Julai 1 Baki di bank RM 5000
1 Baki di tangan RM 5000
5 Menjual secara kredit kepada Lina RM 500
7 Belian barang secara kredit daripada
Pembekal Redza RM 2500
9 Menjual barang secara kredit kepada Muktasim RM 400
11 Lina menjelaskan hutang dengan cek RM 500
14 Perniagaan membayar kesemua hutang kepada pembekal
Redza dengan cek RM 2500
17 Muktasim menjelaskan sebahagian hutangnya secara tunai RM 200








Jawapan 3.4

MODUL 3.5 Buku Tunai

Soalan:

Pada Mac 1, Rosman memulakan perniagaan dengan modal ditangan RM2000 dan di bank RM 6000. Urusniaga yang berlaku sepanjang bulan Mac seperti berikut:-
Mac 3 Belian dengan cek RM 900.00
4 Jualan secara tunai RM 950.00
6 Bayar tambang dengan tunai RM 150.00
8 Terima cek daripada jualan barang RM 1200.00
12 Bayar faedah dengan cek RM 70.00
14 Belian barang secara tunai RM 400.00
19 Terima tunai daripada penghutang Rahim RM 800.00
23 Masukkan tunai ditangan ke bank RM 2000.00
26 Terima komisen dan dibankkan RM 700.00
29 Bayar gaji pekerja dengan cek RM 700.00






Jawapan 3.5